Kehidupan awal Abdullah_Ayub

Tun Abdullah bin Ayub telah dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan meninggal dunia pada 13 Disember 2018.[1] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut dan di Anglo-Chinese School, Sitiawan, sebelum meneruskan persekolahan beliau di Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak. Berkat dari ketekunan dan ketabahan beliau dalam pelajaran, Tun Abdullah telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Cambridge School Certificate dan berjaya meneruskan pengajiannya ke Raffles College dan Universiti Malaya, Singapura. Beliau lulus Ijazah B.A (Hons) dalam tahun 1953 dan telah dianugerahkan "Queen's Scholarship" kerana pencapaian yang amat cemerlang.

Rujukan

WikiPedia: Abdullah_Ayub //scholar.google.com/scholar?q=%22Abdullah+Ayub%22 //www.google.com/search?&q=%22Abdullah+Ayub%22+sit... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Abdul... //www.google.com/search?q=%22Abdullah+Ayub%22&tbm=... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Abdullah+Ay... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bekas-ksn... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://id.loc.gov/authorities/names/n2017221198 https://viaf.org/viaf/907150382278413500000 https://www.wikidata.org/wiki/Q12681939#